follower setia ;)

falling object

falling object 2

Tuesday, July 26, 2011

Mengedit Blog..


hai smua!!!
hadoi...lame btul la syu tak post entry.. bkn ape, sibuk mengedit blog ni ha..
amacam, ok tak imej baru ni??
firstly credit to Lyssa sebab banyak buat tutorial kat blog die..
so klaw korg nak blaja jugak bley la terjah blog Lyssa ni..

memang sangat menarik blog die.. bukan blog die je menarik, die pun comel..
klaw korang terjah mesti lame korang kat situ..

**Camping Time..
setelah berakhirnye edit-mengedit blog ni, syu tepaksa la tinggal korang lagi..
bukan ape, syu kne pegi kem..xlame pun, 3hari 2 malam je..
cam menang percutian jek bunyinye kan..hehe ;p

**Program yg lepas..
haa..lupe la nk post sal program yang syu attend minggu lepas..sori la..xsempat nk buat..
ok, ni nak story siket, sebelum ni syu pegi Program Pembinan Program Ihya' Ramadhan..
program pembina tu xbest pun..huhu...boring sangat2..
tp ad gak la info2 berguna mase pegi kem tu..
yang Ihya' Ramadhan plak ade gotong-royong + program motivasi untuk dak upsr + masak-memasak..
semum ni buat bsama ngan orang kampung.. best la..banyak pengalaman..
then kitorang pergi plak besuka-ria kat Jeram Linang..
syok..ni syu upload la skit gamba kenangan mase besuka-ria..









"Akuyangmencoret" ^_^

Friday, July 22, 2011

Kisah Cinta Pohon Epal..



Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari. Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya. Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu. Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.
Waktu terus berlalu, kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal  itu setiap hari, seperti kebiasaannya. Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu. Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”
 Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita. Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.
 Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi. Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.
Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira. Pohon epal  itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.
Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi. Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”
“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “
Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya. Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu. Akhirnya, anak lelaki itu kembali  setelah bertahun-tahun kemudian.
“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua”  jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”
Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon. Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.
Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua
Pohon epal itu adalah ibu bapa kita. Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita. Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan. Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia. 
Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu, tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar. Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda  ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat. Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda. Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta. Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..
Aduhai ayah, ibu… terima kasih engkaulah pelita dalam hatiku..
Ya Allah Ya Ghaffar
Tak kuasa lagi aku merangkai kata ini…
Dan hanya permohonan dari lubuk hatiku yang penuh noda dan dosa dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu Kasihanilah aku dan kedua orang tuaku…
Demi RahmatMu yang mendahului murkaMu, daku bermohon, ampunilah dosa kedua orang tuaku
Duhai Zat yang selalu mendengarkan jeritan inilah daku yang merendahkan diri dihadapanMu. 
Amin

"Akuyangmencoret" ^_^

Saturday, July 16, 2011

Girl..

When a girl says :
" it's okay.."
" i'm fine.."
" don't worry about it.."
You should know that :
~it's not really okay..
~she's not fine..
~and you should really worry about it..



"Akuyangmencoret" ^_^

Friday, July 15, 2011

lelaki & wanita..

Lelaki 

  • lelaki baek yang boleh bimbing wanita ke jalanNya
  • lelaki comel yg berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid 
  • lelaki sweet yg selalu bercakap dengan nada yg rendah
  • lelaki romantik yg menhadiahkan sebuah doa setiap hari 
  • lelaki charming yg mengingatkan si dia ttg ibadat
*itu lah lelaki yg menjadi igauan wanita ~


Wanita

  • wanita cantek kerana menutupi auratnya
  • wanita menawan kerana sopannya
  • wanita mengancam kerana senyuman nya
  • wanita memikat kerana imannya
  • wanita cun kerana hormatnya
  • wanita style kerana bicara sopan nya
*itulah ciri2 wanita idaman~


"Akuyangmencoret" ^_^

Thursday, July 14, 2011

bosan-boring...

ai korang smua..
sory la syu lme la xupdate blog..
asyik post entry2 yg best utk dibaca jew..xde pun mencoret..
xde mud la..walaupun boring gile duk umh cuti ni kn..huhu
actually syu baru edit blog ni..
amacam?? ok x? hehe
lagu pun baru tukar k.. ;)
rase sonok la mengedit blog ni kan..
hehe..tp mnulis malas..ngee ;p

actually mcm2 jd mse cuti2 ni..huhu
tp mls la nk story,
nt syu feeling2 plak..
really miss pakcik mate besaq tu..
walaupun bnyk sakitkn ati cuti ni kn..
tp xpe, u still in my heart.. 1st place lg taw..

korg enjoy lagu baru ni..
Just the way you are..
syu sukee lagu ni..
hurm..smp cni dlu la, nk smbung berfb plak ye..
daa.. ;)
"Akuyangmencoret" ^_^

bacalah untuk pedoman semua.. ;)

Lelaki Kacak bersama Jenazah.


Hadis yang Menarik Rasulullah S.A.W

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung"
namun kita semestinya menyedari perjuangan Islam adalah tanggungjawab kita.


"Akuyangmencoret" ^_^

Monday, July 11, 2011

info : rahsia gerakan jari tangan..



1. Memicit atau memegang hidung :
~ seseorg yg x mudah tertipu & sgt berwaspada dlm ap yg dilakukan. sseorg yg pemalu & sukar utk berkgsi   rhsia besar dgn org lain kcuali org yg benar2 dpercayai. dari segi perbelanjaan, mereka sgt bercitarasa tgi n juga boros. xpndai berjimat n terlalu mengikut rasa.

2. Meletak tgn pada bahu kawan :
~ seorg yg degil n suka ikt kepala sndiri @ seorg yg pntgkn diri sndr. tetapi mereka adlh teman yg sgt mengambil berat n prihatin terhadap mslh yg dihadapi teman2 lain. seorg yg suka mmbantu n mudah utk berurusan dgn mereka.

3. Bermain dengan jari-jarinya :
~mereka mmpunyai tahap humor yg tinggi & pndai berjenaka. seorg yg bersikap terbuka n dpt mnerima kritikan @ pandangan tnpa mengambil hati. namun, mereka seorg yg lmbt mnerima arahan n smbil lewa.tetapi mereka sgt baik hati n rajin.

4. Mematahkan jari-jemarinya :
~mereka suka mematahkn jari2 n suka mengeluarkan mcm2 bunyi spt mengetuk meja n sbgnya. mereka sbnrnye seorg yg gugup n kurg yakin utk berbicara dgn org lain. namun mereka seorg yg adil , baik hati n sedia membantu sesiapa shaja.

5. Menggigit kuku :
~ mereka seorg yg kelam kabut. tidak pandai menguruskan masa n sering pelupa. selain itu mereka sering dilihat gementar n gugup apabila berbicara. mereka juga agak perahsia orangnya.

6. Bermain dengan rambut dan memintal hjung rambut :
~ mereka seorg yg sgt suka berkhayal, n suka meminta-minta. apabila permintaan x dipenuhi, mulalah nk merajuk. selain itu mereka sbenarnya sukar untuk dipengaruhi kerana mereka ada pendirian yg tetap n agak keras kepala.

7. Menongkat dagu :
~dia adlh seorg pendengar yg setia n jgn risau kerana rahsia selamat ditangannya. mereka juga sgt setia dalam persahabatan, namun mereka ini cepat bosan dengan sesuatu b agak kedekut sedikit. mungkin juga mereka seorg yg berjimat-cermat.

8. Suka meletakkan tangan di atas meja :
~ mereka seorg yg "happy go lucky" n pndai mnyesuaikn diri dgn keadaan. mereka seorg yg "cool" n jrg sekali nmpk mereka marah atau panas baran. mereka amat disenangi ramai dan seorg yg peramah. namun, mereka juga agak suka bergantung pd org lain n x pndai berdikari.

9. Menggosok-gosok tapak tangan : 
~ ramah n berfikiran matang, itulah diri mereka sbnr. mereka seorg yg berterus-terang n xsuka berbohong. mereka juga mudah memahami perasaan org lain n suka membantu. prihatin juga adlh sbhgn dr sikap mereka.

10. Memutar cincin :
~ sangat menepati janji! jgn sesekali mengingkari jnji dgn mereka krn kamu mgkin dimarahi. mereka seorg yg suka ckp lepas n jrang memikirkan perasaan org lain. mereka juga menggemari hidup yg teratur n seorg yg tegas. namun mereka senang dipujuk n lembut hati. mereka x suka org yg putar-belit n pembohong.

*p/s: sekadar info utk dikongsi bersama.. ;)
"Akuyangmencoret" ^_^