follower setia ;)

falling object

falling object 2

Thursday, May 31, 2012

oh no! i'm already 23??

ni la kek besday syu.. ;p
hai sume!! syu lame xupdate kn?? hehe
bukan sibuk sangat, tapi sebab line tenet kat ofis tu ade probs..huhu
nk cite sal besday syu yg ke 23..
huhu, ase cam dh tue plak ble dedahkan umo ni..
besday syu bile? 27 mei aritu la..hehe

kek kat atas tu suprise dari housemate syu..
thanx alot kat atin, tim, zara, sipenglipurlara, luqman, n umi luqman sebab susah2 nak plan n buat kek besday untuk syu..
syu memang langsung xsangke nak dapat kek besday sebenanye..
terharu tu xpayah cakap la, memang pasti..konpem la ade adegan tacing2 an..
takkan syu nak cite, malu la..hehehehe...

memang besday syu kali ni sangat syu xleh lupe la sebab memang banyak kejadian yang pelik2 jadi n macam2 suprise syu dapat..ade yg nyanyikan lagu besday spesel la, bunyi2 peliki di malam hari la, macam2 la..heehe, adiah besday? bkal dpt kot..hehe..thanx alot sume!! love u olls..




"Akuyangmencoret" ^_^

Wednesday, May 23, 2012

12 tidur yang sunat dikejutkan


Dua Belas Tidur Yang Sunat Dikejutkan

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:
Seseorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)

Ke dua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)

P/S: sharing is caring.. ^__^
"Akuyangmencoret" ^_^

Tuesday, May 22, 2012

oh diri sendiri?



Tak mudah untuk menjadi kuat di saat lemah,
Tak mudah untuk sabar di saat resah,
Tak mudah untuk gembira di saat sedih,
Namun tidaklah SUSAH mengangkat tangan
untuk memohon kepada Allah dan berdoa kepadaNYA...

Sesekali kita perlu derita untuk mengenali erti bahagia,
Sesekali kita perlu kecewa untuk kita kenal erti kejayaan,
Sesekali kita perlu menangis untuk kita syukuri nikmat diberi,
Dan sesekali kita perlu terhiris untuk kita lebih kenal
DIRI SENDIRI...



"Akuyangmencoret" ^_^

untukmu calon imamku

UNTUKMU CALON IMAMKU,

Wahai seseorang yang telah tertulis di lauhul mahfudz,Imamku dan ayah dari anak-anakku, engkau yang akan bersamaku dalam perjalanan nanti…
Apakah yg sedang kau lakukan disana?

Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu tuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak…

Aku percaya kau sedang menempa dirimu dalam beribu cobaan dengan menelantarkan dirimu sendiri pada medan dakwah dan problematika ummat… mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu tuk ummat…

Aku percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia terutama ilmu akhirat, yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti…

Aku percaya Quran selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan dzikir slalu melantun menemani langkah jihadmu…

Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu…

Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah, untuk ummat, dan hanya kerana_Nya…

Aku percaya,kau sedang memantaskan diri dan terus memperbaiki diri dsana, di belahan bumi manapun kau berada…

Aku pun begitu wahai calon imamku…
Aku sedang belajar… belajar menempa diri, menjauhkan egoku demi ummat, membaktikan diriku untuk orang lain, agar baktiku padamu pun sempurna…

Aku sedang belajar, meniti dakwahku, meniti cita-cita duniaku, meniti cita-cita akhiratku, agar kelak keluarga islami dan kluarga Qur’ani yg aku inginkan nanti dapat kubangun bersamamu… kerana kau tahu? Meskipun kau Imamku, ibu adalah madrasah pertama bagi mujahidah kecilnya nanti…

Aku sedang belajar menjaga diri, menjaga pandangan dan hatiku, agar ketika kau memiliki hati ini, hati ini masih utuh sempurna hanya untukmu…

Aku sedang menempa diri, untuk menjadi seorang Khadijah untukmu, yang menjadi tempatmu membagi resah… seseorang yang kau datang padanya, saat kau tak tahu lagi akan datang pada siapa… seseorang yang menguatkanmu dan menggenggam slalu tanganmu dalam perjalanan jihadmu…

Akupun ingin menjadi ‘Aisyahmu, seorang yang membuatmu tersenyum dan kembali ceria saat penatmu mulai datang, seorang yang menyerap ilmu darimu dengan sempurna dan membenarkan apa-apa yang salah dalam lakumu, seseorang yang mencintaimu dengan cemburunya, namun kau rasakan sakitnya,saat ia tersakiti, hingga kau katakan pada yg lain “janganlah kau sakiti aku dengan cara menyakti ‘Aisyah”…

Aku ingin menjadi Fatimah, yang tak kau bagi cintamu pada yang lain.. bukan kerana aku tak percaya kau tidak dapat berlaku adil, tapi kerana aku ingin mencintaimu dengan sempurna, tanpa diganggu oleh cemburuku, itu saja !!

Tak kalah lagi, aku ingin menjadi seperti ibunda Hajar, yang tak gentar saat kau tinggalkan di padang pasir tandus dengan seorang bayi mungil di pelukan.. tak takut akan kehilanganmu, kerana keyakinanku pada Rabbku lebih besar daripada yakinku padamu… cintaku padamu, tak akan mengalahkan cintaku pada Rabbku…

Usahaku ini tidak mudah , begitupun usahamu..kuyakin itu..
Maka tetaplah dalam jihadmu..tetaplah dalam usahamu..tetaplah dalam ikhtiarmu… aku yakin kau kuat disana, dan doakanlah agar akupun kuat disini dalam jihad dan ikhtiarku…bawalah aku dalam tiap doa dan sujudmu, kumohon… kerana doa yg dapat menolongku…

Hingga saatnya, kita bertemu dalam ikatan suci menyempurnakan separuh dien… dan kita akan melanjutkan jihad kita bersama…

Dan nanti..terimalah aku apa adanya jika aku belum bisa menjadi Khadijahmu, ‘Aisyahmu atau bahkan menjadi seperti ibunda Hajar… tapi bimbinglah aku menjadi seperti mereka… dan kita bimbing bersama mujahid muda kita nanti tuk melanjutkan perjuangan dakwah ini…

Teruntukmu yang ada disana,kuatlah..dan bersabarlah…Bawalah aku dalam doa dan sujudmu, agar cinta kita nanti, hanya kerana-Nya…Aamiin,



SEBELUM ENGKAU HALAL BAGIKU...




(p/s: copy & paste from somewhere..)

"Akuyangmencoret" ^_^

Monday, May 21, 2012

~seandainya~

Seandainya kita pernah dikecewakan..
Seandainya kita pernah ditipu orang..
Seandainya kita pernah dikhianati orang..
Seandainya kita pernah difitnah orang..
Seandainya kita pernah dihina orang..
Seandainya kita pernah dizalimi orang..

Apa Allah kata :

Adakah engkau tidak pernah mengecewakan sesiapa sebelummu?

Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadamu?

Adakah engkau telah memaafkan orang yang telah menganiayaimu?

Adakah engkau telah menghubungkan silaturrahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu?

Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah mengkhianatimu?

Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah mengusirmu (orang yang tidak mahu menegurmu)?

"Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapi Aku memandang kepada hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut..." - (Hadis Qudsi)


“Dunia ini hanya sementara. Tidak akan kekal kerana wujudnya negeri Akhirat yang kekal abadi. Dunia ini terlalu singkat untuk kita berbenci-benci, berdendam dan marah-memarahi. Sungguh, meminta maaf itu mudah dan memberi maaf itu perlu dimudah-mudahkan.”


~Kekecewaan bukan penghalang kita untuk terus bangkit, tetapi kekecewaanlah yang menjadi guru kepada kita untuk menanam benih dan semangat dalam hati untuk bangkit kembali, menanam serta membina semula apa yang telah hilang..Jangan bersedih untuk kehilangan yang kita hadapi kerana Tuhan itu adil dan pasti akan menggantikannya dengan yang lebih baik daripada yang sebelumnya..~


"Kamu mungkin akan melupakan orang yang TERTAWA denganmu, tetapi TIDAK MUNGKIN MELUPAKAN orang yang pernah MENANGIS denganmu..kerana semua orang mungkin pernah melihat kamu ketawa, tetapi TIDAK SEMUA orang pernah melihat kamu menangis.."
p/s : TERSENYUM walaupun dirimu BERSEDIH dan MENANGIS adalah satu petanda betapa KUATNYA dirimu..♥





"Akuyangmencoret" ^_^

Friday, May 18, 2012

.hidup.

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan..

Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang…

Ya.. Kita kan hamba pada-Nya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaan-Nya.

Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. 
Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi..

Ibarat kupu-kupu yang menjadi Indah ketika ia mampu berjuang melepas diri dari kepongpong...

Begitu juga hidup kita akan Indah ketika kita mampu berjuang ,melewati hal yang sulit dengan merendahkan HATI hanya kepada-Nya..

~ALLAH TIDAK PERNAH MENJANJIKAN PELAYARAN YANG INDAH..TAPI ALLAH MENJANJIKAN PELABUHAN YANG TEDUH DAN NYAMAN UNTUK MENEGUHKAN setiap HATI yang berharap hanya kepada_NYA~



"Akuyangmencoret" ^_^

Thursday, May 17, 2012

personaliti ikut jenis darah?

bace boleh, tapi jangan le pecaye 100% ye..
*Syu punye jenis darah A, u oolls pulak camane? hehe
*just for fun coz sharing is caring.. ^_^



"Akuyangmencoret" ^_^

ubat penyakit dengki

sila la cuba amalkan tips2 ini, mungkin baik untuk kesihatan.. ^_^


"Akuyangmencoret" ^_^

ceriterahatiku 3#


Yang membuat kita KUAT adalah DOA..
Yang membuat kita DEWASA adalah MASALAH..
Yang membuat kita MAJU adalah USAHA KERAS..
Yang membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA..
Yang membuat kita SEMANGAT adalah HARAPAN dan IMPIAN..
Yang membuat kita menjadi yang TERBAIK adalah mengakrabkan diri dgn keheningan JIWA dan memperbanyak SUJUD..


"Ya Allah, berikanlah hatiku kekuatan untuk menghadapi segala cabaran, ujian dan dugaanMu.. Jauhilah aku dari sikap putus asa, jadikan aku seorang yang sentiasa bersemangat, kuat dan sabar dalam menghadapi liku-liku kehidupan ini.."




"Akuyangmencoret" ^_^

Wednesday, May 16, 2012

tears



A raindrops falls 
because the sky can no longer handle it's weight..
Just like the tears ..
It falls because the heart can no longer handle the
"PAIN"

"Akuyangmencoret" ^_^

Monday, May 14, 2012

gile kucen!!

Owh tidak!! sekarang musim addicted tengok kucen comey..hoho, ntah sape la yang jangkitkan virus ni..
aduh, comey sangat kucen ni, geram toi nk cubit2...

kucen pun ade yg gaye soleh cmni..hehe

tiutnye die tdo!! penat sgt lettew..hehe

ololo, dh amik tu ngaku je.. ;p

eleh, ingt menawan la tu wt muke cmtu..hoho
Hoho, adoi la abes la memang dh tahap siyes ni penyakit bawaan housemate kesayangan aku n sipenglipurlara neh..haha..argh!! tiutnye la kucen2 ni..huhu 

stylo la bulu awk, kalerful gitu..jeles i taw!!

eh2, telekat ey kt dlm tu? ciannye ye..huhu

ololo..baiknye ati die..hehe..
ok2, cukup sampai sini je jangan nak lebih2 syu..haha..ok tata, saje nk cakap syu tengah kene sindrom virus gile kucen ni..haha..choww!!




"Akuyangmencoret" ^_^

Wednesday, May 9, 2012

aku tak sempurna..


maafkan aku jika aku tak sempurna,
aku hanya manusia biasa,
kadang ada turun naiknya,
aku tak mampu sentiasa sama,

aku hanya seorang wanita biasa,
wanita yang tak sempurna,
yang selalu merasai kecewa,
tetapi gemarkan gelak ketawa,

aku tak bisa menjadi sempurna,
kerna aku banyak kurangnya,
aku cuba fahami segalanya,
tapi aku tak sempurna ada hati dan rasa kecewa,

akan aku cuba,
mempelajari erti hidup di dunia,
supaya aku lebih bersedia,
dengan segalanya apa yang ada..

"Akuyangmencoret" ^_^

Wednesday, May 2, 2012

Cuti-cuti M'sia ^_^

hai sume blogger yang sudi nak terjah blog syu.. ^__^
kali ni saje nk share kisah cuti2 bersama family..
destinasi: kulim kedah, penang, perak, kl..
sangat la syok sebab dah lame xbecuti ngan family,
sekali sekala ase suke sangat la kan..jom tengok destinasi yang syu pegi..

1st, Nasi Kandar Line Clear kt penang, 
xde gmbo so syu amik kat mr.google jela..hehe
tapi tempatnye xbpe nk clear sangat la sebab mmg rmai org..
makanan pun sodap!! thumbs up!!


2nd, An Nur Ancasa express kt georgetown, check in apartment..

apartment ni sangat selesa, ade 3 blik..
sesuai sangat la ngan family kitorg ni.. ^_^ suke2!! thumbs up!!


3rd, Hammer Bay Ikan Bakar Special kt queensbay, makan malam..

best ikan bakar kat sini, harga pun bley tahan..
suasana damai je sbb tepi laut kan, 
tapi orang memang ramai..syok uu!! ;p

4th, Batu Ferringhi Night Market penang..
haa, ni la die skit2 rupe batu ferringhi night market..
tapi kitorang xbeli pape pun kat sini sebab barang mahal..
lagi satu, mase kitorg sampai tu dah lewat malam sangat so, xbanyak dah orang yang still beniage kat situ..so just jalan2 n tengok je cane ghupe batu ferringhi night market tu..hehe 


Ok, asenye sampai sini dulu la, lagipun dah abes first day punye trip, tunggu 2nd update plak ye untuk 2nd day trip..hehe see u next time..chow dlu!! ^__^ 





"Akuyangmencoret" ^_^

ceriterahatiku 2#

Tuhan..
aku tak perlukan seseorang yang sempurna untuk mendampingi ku..
aku hanya ingin orang yang mahu menjadi pelengkap kepada kekuranganku..
membuat aku merasa ada, 
membuat aku tersenyum,
dan berkata "aku beruntung memilikinya"

Tuhan..
akan ku nantikan kehadiran dirinya..
akan ku tunggu kemunculannya..
hanya engkau yang mengetahui segala sesuatu..
aku redha dan pasrah dengan ketentuanmu..



"Akuyangmencoret" ^_^