follower setia ;)

falling object

falling object 2

Monday, June 18, 2012

sahabat

Sahabat..

andai aku terlupa, ingatkan aku..
andai aku sedih, ingatkan aku bahawa Allah bersamaku..
andai aku gembira, ingatkan aku untuk bersyukur..
andai aku berjaya, ku ingin kau jua berjaya..
andai aku tiada, ku ingin kau panjatkan doa agar ku tenang di'sana'..
yang penting aku mahu kita bersahabat hingga ke syurga..

sahabat selamanya!!


"Akuyangmencoret" ^_^

waktu yang mengejar

 ku rasakan masa semakin singkat
semakin rancak mengejar kami
semakin pantas kami berlari semakin dekat ia menghampiri
sememangnya kami tidak boleh lari
waktu memang mencemburui kami

rasanya tidak puas kami disini
belum rasa masanya untuk pergi
tapi, masa menghambat langkah kami
menyuruh kami kembali
hari2 indah sudah kami lalui 
mungkin hujan air mata pula bakal menemani


harapanku agar kami bertemu kembali
walau bukan disini
walau jauh dimata harapanku dekat di hati
walau sesak menghimpit hati
ku harus relakan jua hati untuk pergi



terlalu banyak kenagan terpatri
yang bersama kami lalui
terlalu berharga untuk ditinggal pergi
saat indah dan harmoni
jua saat yang menghimpit hati

sangat terkesan dihati sanubari
moga kenangan tercipta kekal dihati
jangan ditangisi kami pergi
kerna sudah masanya kami pergi
selamat tinggal, aku harus pergi..

"Akuyangmencoret" ^_^

Friday, June 8, 2012

bertaut kembali

sahabat..

hati kita pernah terpisah jauh..
walau jasad kita jauh, tapi ku tau hati kita dekat
hati kita terpisah dek kerana salah sangka
buta kan hati kita, terlalu cepat mengeluh
hampir beberapa ketika yang panjang hati kita jauh
berprasangka, derita dan berdusta
tapi kerna Yang Maha Esa
hati kita bertaut semula
maaf mula menyelinap di segenap sudut hati
rindu mula menyapa diri
hati kita bertaut kembali
tiada siapa mengerti kegembiraan hati
kerna hanya kita yang tau bicara hati
ku hanya panjatkan doa
moga hari2 mendatang mula dibajai dan berbunga indah seperti dahulu kala saat2 bergembira bersama
kerna hati kita bertaut kembali
ku tak pernah lupa kau walau sekali
kerna kau tetap di hati
kerna kita sahabat sejati

sekali sahabat, selamanya sahabat.. =)
maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..
maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN..
maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..
maafkanlah, walaupun hati SELALU disakiti..
maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA..

~> kerana dengan sebuah KEMAAFAN dapat memberi kesejahteraan, kebahagiaan, keindahan & ketenangan dalam kehidupan kita..InsyaAllah.. ^_^

syucakap: kite dah lama maafkan kamu..harap takkan ade lagi slah paham camni lagi antara kita...kite sayang kamu-kamu bedua "AM, ZZ"

"Akuyangmencoret" ^_^