SeorangMuslim tua Amerika hidup di suatu kawasan perladangan di suatu pegunungan timur Kentucky dengan cucu lelakinya yang masih kecil. Setiap pagi datuknya bangun lebih awal dan sering duduk di meja dapur membaca Quran-nya. Cucu lelakinya ingin menjadi seperti datuk dan cuba untuk mencontohinya sebaik mungkin. Suatu hari cucunya bertanya, 'Datuk, Saya cuba untuk membaca Quran seperti datuk tetapi saya langsung tidak memahaminya, dan apa yang saya faham pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutup al-Quran. Saya tidak faham, jika demikian untuk apa saya baca al-Quran.? "
Dengan tenang datuk bangun dan mengambil bakul arang dan mengeluarkan arang tersebut sambil menghulurkan bakul tersebut dan berkata , 'Bawa bakul arang ini ke sungai dan penuhkan bakul ini dengan air"
Anak kecil itu melakukan seperti yang diperintahkan datuk, mengambil air dan berlari dengan cepat ke rumah, tetapi bakulnya kosong belum sempat dia sampai ke rumah. Dia kemudian berulang lagi sekali mengambil air, dan berlari lebih laju, tetapi dia masih tidak berjaya untuk membawa pulang air. Dengan termengah-mengah dia mengatakan kepada datuknya bahawa mustahil membawa air dari sungai dengan bakul lalu dia pergi untuk mengambil baldi.sebagai gantinya.
Datuknya lantas berkata, 'Atuk bukan nak air dari baldi tetapi atuk mahu air dengan bakul ini. Kamu hanya perlu berusaha lebih keras lagi,". Dia kemudian turut keluar mengekori cucunya untuk melihat percubaan cucunya.
Pada waktu itu, anak kecil itu sedar bahawa perkara itu amat mustahil,, tetapi dia ingin membuktikan kepada datuknya bahawa meskipun dia berlari secepat mungkin, air tetap akan keluar dari bakul sebelum ia sampai ke rumah. Anak itu kembali mencelupkan bakulnya ke sungai dan berlari sekuat tenaga, tetapi ketika ia sampai di depan datuknya bakul itu sudah kosong. Dia sudah kehabisan tenaga dan terus berkata," Lihatlah tok, mana boleh bakul itu menampung air. Ia langsung tak berguna!"
"Jadi kamu fikir ini kerja sia-sia ?" Orang tua itu berkata, "Lihatlah bakul arang itu"
Anak itu melihat ke dalam bakul bekas arang itu dan untuk pertama kalinya menyedari bahawa bakul besi itu sekarang berbeza rupanya. Bakul itu telah berubah dari bakul arang yang kusam dan kotor kepada sebuah bakul yang kini bersih, luar dalam. " Bakul ini bersih tok!" ujarnya.
'Cucu sayang, itulah yang terjadi ketika kamu membaca Al-Quran. Kamu tidak boleh memahami atau ingat segalanya, tetapi ketika kamu membacanya, kamu akan berubah, luar dan dalam. Ia akan menyucikan hatimu. Itu adalah kurnia dari Allah di dalam hidup kita. "
Anak kecil itu tersenyum mengerti lantas memeluk datuknya dan menyedari bahawa apa yang dia lakukan setiap pagi mencontohi datuknya tetap memberi kesan pada dirinya.
0 jari-jari comel mencoret ^^:
Post a Comment