follower setia ;)

falling object

falling object 2

Monday, May 21, 2012

~seandainya~

Seandainya kita pernah dikecewakan..
Seandainya kita pernah ditipu orang..
Seandainya kita pernah dikhianati orang..
Seandainya kita pernah difitnah orang..
Seandainya kita pernah dihina orang..
Seandainya kita pernah dizalimi orang..

Apa Allah kata :

Adakah engkau tidak pernah mengecewakan sesiapa sebelummu?

Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadamu?

Adakah engkau telah memaafkan orang yang telah menganiayaimu?

Adakah engkau telah menghubungkan silaturrahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu?

Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah mengkhianatimu?

Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah mengusirmu (orang yang tidak mahu menegurmu)?

"Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapi Aku memandang kepada hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut..." - (Hadis Qudsi)


“Dunia ini hanya sementara. Tidak akan kekal kerana wujudnya negeri Akhirat yang kekal abadi. Dunia ini terlalu singkat untuk kita berbenci-benci, berdendam dan marah-memarahi. Sungguh, meminta maaf itu mudah dan memberi maaf itu perlu dimudah-mudahkan.”


~Kekecewaan bukan penghalang kita untuk terus bangkit, tetapi kekecewaanlah yang menjadi guru kepada kita untuk menanam benih dan semangat dalam hati untuk bangkit kembali, menanam serta membina semula apa yang telah hilang..Jangan bersedih untuk kehilangan yang kita hadapi kerana Tuhan itu adil dan pasti akan menggantikannya dengan yang lebih baik daripada yang sebelumnya..~


"Kamu mungkin akan melupakan orang yang TERTAWA denganmu, tetapi TIDAK MUNGKIN MELUPAKAN orang yang pernah MENANGIS denganmu..kerana semua orang mungkin pernah melihat kamu ketawa, tetapi TIDAK SEMUA orang pernah melihat kamu menangis.."
p/s : TERSENYUM walaupun dirimu BERSEDIH dan MENANGIS adalah satu petanda betapa KUATNYA dirimu..♥





"Akuyangmencoret" ^_^

2 comments:

  1. syuuuuu,
    1 sifat yang paling keji tentang diri nadia yang nadia paling xleh elak, nadia seorang pendendam. busuknya hati saya. :'(

    ReplyDelete
  2. nadia ^_^,
    syu taw nnti slow2 nadia mesti boleh ubah sikap tu..syu pn pnh ade sikap cmtu dlu, tapi ble pk balik, klaw kite dendam ngan org tu, n kte ase nk balas balik, maknenye kite pun same jgk ngan die..so, baik kite cuba jadi pemaaf..walaupun sgt susah, tapi bley blaja sikit2..ok dear?? i know u can do it.. ^_^

    ReplyDelete