follower setia ;)

falling object

falling object 2

Friday, April 29, 2011

20 PERKARA YANG MEMBUATKAN WANITA "MEMBENCI" LELAKI...?

PERKARA YANG MEMBUATKAN WANITA "MEMBENCI" LELAKI...?

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga..

*p/s : just nk share info.. :)
"Akuyangmencoret" ^_^

Missing You!!


Miles may separate us,
but you are always with me,
in my Heart..

it's not the same around here,
without You...

roses are red,
violet are blue,
i'm counting the days 
that finally i can see you...



"Akuyangmencoret" ^_^

Pk.cik Mate Besaq II

awk...i'm surely gonna misz you...
msti sgt3 rindu...
awk nk blik dh tgl sy sorg kt klntn ni...
tp awk jgn lupe sy taw ble dh blik umh nt..
keje leklok...huhu...


awk balik esk mlm..tp arini pun sy dh dpt ase ksedihan tu...
dh mula nk rase sunyi ble awk xde...
dh mula rse mate nk berair ble ingt awk...
cne ni awk? 4bulan kte xjmpe nt taw...
wawawawawa........

huhu...hope awk pun ase yg same...
i'll wait to see u at Jeli nt k...
awk, esk smoga slmt smp umh..
smoga perjalanan awk lancar n slamat...
sy doakan yg terbaik utk awk...
sarangae...huhu..

"Mesti Rindu Gile Kt Awk P.CIK MATE BESAQ!!" 


"Akuyangmencoret" ^_^

Tuesday, April 26, 2011

Aku suke lagu ni.. :)


mmg suke sgt dgr lagu ni...
best, n meaningfull..
just enjoy it.. :)

"Akuyangmencoret" ^_^

Monday, April 25, 2011

Bertuah Dapat Suami Mcm Nie..

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

"Akuyangmencoret" ^_^

Saturday, April 23, 2011

rumput & kasih sayang.. :)

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. 

Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus, ikhlas & bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

"Akuyangmencoret" ^_^

Friday, April 22, 2011

MERDEKA!!

hai all..
ak dh abis exam..hehe sonok gile..
tp kn, xtaw la.,.cm ad something missing..
pasaan ni xla sehepi yg dbyangkn mse sblm abis exam..
hurm, npe ey??
ad x ssape yg ley tlg explain?? huhu..

arini plak ase sdey je..
die dh taw ak trase kn, bkn nk pjuk btl2..
hurm...xpe la...
ak kot nk tacing lbey2 sgt...
tp ni je la mse lg yg tgl nk ssame ngan die sblm cuti pnjg..
xpe la, die xrase cm2 kot...

ish, mlas la cte sdey2 ni...
smlm sharian xtdo tgk drama korea..
hehe..cm hantu korea kn...
dh dpt tgk mvie mmg la xbgnjak dr dpn laptop..
hehe..ak mmg power r bab2 bjage mlm nih..hehe ;p
best...tgk cte "my fair lady"..
korg tgk la gak nt ey..
hehe...k la smp cni je..
nt sblm blik konpem ak mencoret lg kt cni...
bye korg!! love u all ;)


"Akuyangmencoret" ^_^

Tuesday, April 19, 2011

Pak Cik Mate Besaq..

hai beloved followers!!
sory la korg..exam week ni xsmpt la nk mengupdatekan blog nih..
ni pun xabis lg exam..still ade 2 paper lg..huhu..
entry kali ni ak nk tujukn kt pakcik mate besaq.. ;p



huhu...sje wat entry ni sbb nt msti sgt3 rndu kt die...
nk taw ke sape die?? hehe...rahsie...nt la ble2 ak bocorkn rhsie ni k..
bayangkan la ktorg akn cuti 4 bulan!!!!
TIDAK!! huhu...
xtaw la cne nt..huhu..msti sgt rndu awk!!..
awk la slalu buat sy gelak, buat sy epi..
cuti lme ni cne?? huhu..dh la umh kte jauh..
awk jgn lupe sy taw...huhu..
hanye phone je la bley hubungkn kte..
kt umh bkn sy ley on9 pun..huhu...

sy nk pesan ni...
awk jgn gatai2 taw blik nt..
klaw x, siap la awk sy blasah nt..
kte jauh pun sy ade mate2 taw jge awk..
jgn men2 ngan sy... ;p
awk jgn mrh taw sy ltak gmba kt ats tu..sje wat hiasan..ngeh3.. ;p
tp kn, td 1st time sy tgk awk jeles..
hehe..br sy taw pkcik sy ni kuat jeles gk orgnye..hehe
jgn isaw la..awk sorg je pkcik kt ati sy ni..
k la, pnjg sgt tulis sal awk, nt dorg2 ni jelez plak bace..hehe.. ;p
sarangae pakcik mate besaq..

"Akuyangmencoret" ^_^

Tuesday, April 12, 2011

hati seorang Perempuan..

pernah tak gf kau merajuk sebab kau tak balas msg / tak angkt kol dia?


pernah tak gf kau merajuk sebab kat tak pernah nak post something kat wall fb dia padahal kat fb perempuan lain macam2 kau post?


pernah tak gf kau merajuk sebab kau dah tak wish "gud nite baby cyg" macam waktu kau dan dia mula kapel dulu2?

pernah tak gf kau kata "awak da lain sekarang, tak macam yg sy kenal dulu" / ayat lain yg semaksud dengannya?

pernah tak alami benda ni? aku jamin ada lelaki atau perempuan pernah cakap macam ni dekat bf korang, dan yang lelaki pernah dikata begini oleh gf korang.

guys!
perempuan cakap benda2 macam ni sebab satu ja. dia rasa yang kau dah tak caring/ ambil berat dekat dia da.tu ja.then, bila dia dah start rasa macam 2, dia akan develop lagi satu perasaan, dimana dia akan mula rasa yang kau dah tak sayang dia macam dulu2. perempuan ni sebernanya simple ja. tapi cara lelaki yang membuatkan si perempuan jadi kompleks dan bertambah rumit.


cuba kau imbas kembali sewaktu kau mula2 nak tackle gf kau. macam2 msg kau hantar kat dia. yg jiwang karat, yg lentok2, yg manja2, yg caring2. siap dedicate lagu lagi untuk "bakal gf" kau tu. yela, nak mengorat kan mestilah kena bagi yang hardcore punya. barulah "bakal gf" kau akan cair. ye dak?


then, bila kau dah dapat tackle gf kau tu dan usia hubungan korang sudah mencecah hampir setahun. everything will be different. yang si lelaki akan kata;-


"tak kan semua benda nak kena bagitaw? macam budak2 la u ni....!"


"cuba la jd matang sikit, tak kan 24 jam nak kna msg kot?..."


"eee.... jiwang la u ni"


dan macam2 lagi ayat yg tak tercapai dek akal si perempuan ni. bila kau dah start cakap macam ni, sudah tentulah kau punya gf akan cakap macam yg aku cakap kat atas td..


"u da lain, u bukan lg yg i knal dulu"


"u dah x sayang kat i kan?"


dan wahai lelaki, kau jangan nk melenting tak tentu pasal hanya disebabkan ayat2 kebudak2kan dari kaum perempuan ni. perempuan ada sebab yg tersendiri kenapa dia boleh bertindak mcm ni.
bagi aku, semuanya bermula dari saat kau tackle gf kau. kalau kau tak buat perangai sooooo-caringggg kau dekat dia waktu mula2 dulu, si perempuan tak akan ungkit benda2 macam ni. sebab perempuan sangat alert dengan perubahan. senang ja sebernanya nak elak semua ni "just be youself" start kau tackle dia sampai lah bila2 ok.


maksud aku...
yg sebernanya kau ni bukannlah yang jenis caring sngt pon, bukanlah jenis yang suka bermadah-helah pon, bukanlah jenis yg romantik pon, sooooo.... tak payah jadi macam 2 ok. just be yourself. so kau punya gf sure takkan nak ungkit2 pasal sikap kau waktu dulu dan sekarang.dia akan terima kau seadanya.dan kau pun tak payah nak serabut dengan ayat2 so-childish dari si perempuan ok.


nampak macam simple kan? tapi sebernanya tak.. u hav to face it first, then you will know.
kenapa aku cakap susah? kerana ianya berkaitan dengan hati.


"they may forget what you said, but they will never forget how you made them feel"
Carl W. Buechner

"Akuyangmencoret" ^_^

surat cinta dr suami..

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak..

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu
"Akuyangmencoret" ^_^

Friday, April 8, 2011

hati berbicara...

duhai hati...
kenapa kdg2 ak rase cm ksh syg yg dberi x meresap ke dasar hati??
ataupun aku yang terlalu tamak & menginginkn terlalu bnyk ksh syg darinya??
atau hati aku terlalu sunyi??
terlalu meminta??
ak pn tak tahu ap yg aku mahu..
ak tau ak xsepatutnya terlalu memaksa,
ak tahu kdg2 ak yg bersalah krna terlalu mementingkan perasaan sndr..
dan kdg2 ak bersalah kerana kekadang terbandingkn dirinya dgn yg sblmnya..
maafkan aku...
ak mmg xmengerti ap yg hatiku mahu..
selalu menjerit sndirian, selalu menangis sendirian..
terlalu sensitifkah ak skrg??
mugkin ak terlalu tamakkn ksh sygnya..
maafkan aku...maafkan ak kerana berkelakuan sperti ini...
mungkinkah kau menyesesal??

*korg..sory ye...teremosi la...
bley kn ak kongsi skit rse ati aku ni...
huhuhu...sory le klaw korg sblm ni xpnh nmpk ak tls entry cmni kn..
huhu...xtaw la...ati luke kot...

"Akuyangmencoret" ^_^

Wednesday, April 6, 2011

cinta lawak : soalan killer bg lelaki..

" Why Do You Love Me? "


Benar-benar bingung dengan pertanyaan wanita, " Kenapa awak sayangkan saya? ", naah...nahas la korang, bila korang jawab lama-lama atau pandang atas sambil memikirkannya, mulalah si dia merajuk atau fikir kita nie cuma main-mainkan perasaan dia. Kadang-kadang cepat kita bagitahu, tapi tidak mencapai kemahuan gadis itu. Silap juga, jadi fikir leklok sebelum bagi jawapan yang sesuai.

Jadi, macam mana mahu setelkan masalah ini, jom kita lihat dan baca tips-tips dibawah ini, :)

1. Bila si awek tanya soalan nie, jawab terus, jangan fikir panjang-panjang atau termenung. Nanti si awek akan kata dalam hati, " Betul ke dia sayangkan aku nie ". Lau lambat atau jawapan salah, nahaslah korang. Bertambahlah kerja korang nak pujuk. HuHu :P

2. Make a direct contact. Camner tu? Tenung mata dia lama-lama, senyumkan wajah, lepas tu cakap perlahan-lahan, gerenti dia cair macam ais krim punya. HaHa... XD ~ Nescaya, lepas tu dia yakin dengan keikhlasan dan kejujuran hati kita.

3. Jangan bagi jawapan seperti " Saya sayang awak kerana awak cun cam Lisa Surihani " atau " Saya sayang awak sebab awak hot macam Angelina Jolie ". Nanti si awek akan counter balik dengan jawapan, " Ooo..lau saya tak cun awak xsayanglah ? " atau " Kalau saya tak hot awak tak cintala? ". Jawapan nie akan membuatkan anda hampir clash atau CLASH ! HaHa.... takot.... XD .

4. Kalau mahu lebih mantap lagi, kita gunakan ayat lemah yang menunjukkan kita tak leh hidup tanpa si dia. Contohnya, " Kalau awak tak kol saya satu hari, saya rasa macam tak leh nak tarik nafas ", " Saya tahu siapa saya, bukanlah sempurna untuk awak... :( " atau " Tanpa awak, jantung saya mati... " . Gerenti si awek cair kaw2 punya... nak lebih mantoop lagi selepas ayat nie, cuba buat ayat lawak camnie.... " Lau awak tak suap saya makan, mesti saya kena sembelit... " HeHe..amacam? XD

5. Kalau korang nie memang macho atau kacak tahap gampang dah, asenya tak perlu nak pakai ayat cincau-cincau...guna jer ayat nie.. " Saya sayangkan awak sama macam awak sayangkan saya ", sambil muka berlagak macho. Haha, hati-hati... jangan mengelabah, nanti CLASH lagi... bwahahaha :P


"Akuyangmencoret" ^_^

Ya Allah jika aku jatuh cinta..

 
Allahu Rabbi aku minta izin ,
Bila suatu saat aku jatuh cinta,

Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang ,

Hingga membuat lalai akan adanya Engkau,

Allahu Rabbi,
Aku punya pinta,

Bila suatu saat aku jatuh cinta,

Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas,

Biar rasaku pada-Mu tetap utuh.

Allahu Rabbi,
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta,

Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan

kasih-Mu ,

dan membuatku semakin mengagumi-Mu,

Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati,

Pertemukanlah kami ,

Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu,

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati

Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku

Anugerahkanlah aku cinta-Mu...

Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amin !

"Akuyangmencoret" ^_^

hai...

assalamualaikum smua........
sory k...dh lme sgt la xjenguk korg...
huhu...sbuk sgt3...ni plak stdy week menjelma..
so, mmg akn berganda2 sibuknye...
rndu sgt nk berbelog nih, tp xsmpt kn...huhu

nk taw x skrg ni ak dlm mood pe??
hehe...msti la epi....
disamping yg tersayang...hehe
mmg seronok klaw menyayangi & disayangi..
ak bersyukur sgt2 dengan ap yg ad skrg...

kamooo tu...
hehe..seriously when i see u my hearts smile..
thanx for brighten up my days..
sory taw korg..tgh bunga2 cinta kot aku nih.. ;p
ni dlu stkt nih, kne continue ngan stdy plak..
huhu..xley lme2 sgt nt terlalai plak..
pape pun, mmg rndu korg smua!!

"Akuyangmencoret" ^_^